Follow Me Here~~

Life Quotes, Life Quotes Images, Life Sayings

About Me

My photo
Selayang, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum wbt.. Salam ukhwah.. We just have one life..so,live your life happily just like what u want it to be.. Believe in Allah..Have FAITH! May ALLAH bless us! ^^

Monday, 26 December 2011

sudah cukup ! ^_^

bismillahirrahmanirrahim...
assalamualaikum..

heee..setelah sekian lamanya aku menunggu detik ketibaan 27122011 nih..
hehehe..akhirnya sampai jugak..^^
td masa pukul 10.18a.m~tgah cakap ngn dia~ wink2 ^^
hee..thanx encik !
hee..apa mau cakap nih? mesti la kita kena cuci hati kita kan..
jom ikut and tolong saya cuci hati saya !

wish utk diri sendiri :
#semoga menjadi hamba Allah yang taat..amin !
#semoga menjadi anak yang solehah..amin !
#semoga menjadi pelajar yang cemerlang..amin !
#semoga menjadi seorang sahabat yang baik..amin !
#semoga tercapai segala angan-angan yang telah dipasang..amin !
#semoga tercapai cita-cita untuk menjadi seseorang yang saya inginkan...amin !
#semoga mendapat jodoh yang terbaik..insyaAllah..amin !

amin-amin Ya Rabbal 'Alamin...

aku bersyukur kepadaMU Ya Allah..
#kerana ENGKAU telah mengurniakan aku nikmat ISLAM dan IMAN..
#kerana ENGKAU telah mengurniakan aku anggota badan dan pancaindera yang sempurna..
#kerana ENGKAU telah mengurniakan aku mama dan abah yang sangat2 menyayangi aku..
#kerana ENGKAU telah mempertemukan aku dgn sahabat-sahabatku yang terbaik..
#kerana ENGKAU telah mempertemukan aku dengan dia, dia dan dia..

ALHAMDULILLAH !

syahida,, izzati,, ein,, nad,, nab,, shafinaz,, jia,, wan,, dan SEMUA !!
#fatul,, syafiq,,
terima kasih ! arigato ! thank u ! syukran !
x terucap dengan kata2..aku sayang korang sangat2 !!
terima kasih sbb ada saat aku ketawa..
terima kasih sbb ada saat aku menangis..
terima kasih sbb ada saat aku bermuram..
terima kasih sbb ada saat aku masih kanak2..
terima kasih sbb ada pada setiap saat dan ketika aku perlukan kamu !
untuk itu~ terima kasih banyak2 !

untuk dia,,dia dan dia...
terima kasih kerana menjadi perkara terindah dalam hidupku..
terima kasih kerana pernah dan menjadi sebahagian daripada hatiku..
terima ksaih kerana pernah memberi secebis perhatian kepadaku..
terima kasih atas segala nasihat dan bebelan itu..
terima kasih atas semuanya !

#kamu semua tahu tidak?? kamu semua adalah perkara terindah dalam hidup saya !!!
ada atau tidak kamu di dalam list ini,, saya nak kamu tahu yang kamu sentiasa ada dalam HATI saya..insyaAllah ! ; )

saya SAYANG kamu semua sangat2 !!!! <3<3<3





~uhibbuki fillah ! ~
~uhibbuka fillah ! ~
;)

#mujur ada teman membantu#
#sokonganmu buat inspirasi#
#berpeganglah pada janji kita yang dibina#

; )



menunggu sesuatu~

bismillahirrahmanirrahim...

assalamualaikum...

hmm..lama pulak nk tggu pkul 12 ni kan~
hee..saba ye cik amirah~
hmm...hehehe
#sajetulisentryniuntukkawanyangtgguentrybaru#

Sunday, 25 December 2011

INSAN DATANG DAN PERGI ~



bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum...
Sepanjang hidup kita, tidak terkira insan-insan yang hadir dan yang pergi. Ada yang hadirnya hanya seketika seperti bayu. Dia datang dan pergi begitu sahaja tanpa terkesan apa-apa dan mungkin kita tidak perasan pun akan kehadirannya, begitu juga dengan dia.
Ada pula yang datang dan begitu setia dengan kita tetapi kita tidak rasa pun kepentingan dirinya untuk terus bersama kita. Malah kadangkala mungkin kita rasa lebih baik dia tidak wujud daripada dia tidak memberi apa-apa manfaat untuk kita sehinggalah dia pergi buat selama-lamanya.
Ketika itulah baru kita rasa betapa dia sangat penting untuk kita. Pada masa itu, baru kita perasan kebaikan yang dia pernah buat untuk kita atau untuk insan-lain lain di sekeliling kita.
Pada masa itu juga, sudah tidak guna kita menangis kekesalan kerana tidak menghargai kewujudannya. Hanya doa dapat kita hadiahkan agar dirinya dirahmati di alam sana.
Ada pula yang sentiasa di sisi kita. Di saat kita susah dan juga senang. Dia sanggup buat apa sahaja untuk kita. Namun bagi kita, dia tidak lebih daripada tempat untuk meluahkan perasaan, tempat yang kita cari apabila menghadapi masalah tetapi di saat kita bahagia atau berjaya, kita seakan-akan terlupa akan kewujudannya.
Namun dia masih setia. Bila-bila masa sahaja kita cari dia, dia pasti ada untuk kita tetapi kita perlu tahu, dia juga manusia. Mungkin dia pernah makan hati dengan sikap kita. Cuma di hadapan kita, dia mungkin cuba sembunyikan perasaan itu sebaik mungkin.
Seandainya kita masih dungu, tidak mustahil suatu hari nanti dia akan membawa diri meninggalkan kita. Oleh itu, hargailah kewujudannya selagi mana dia masih di sisi kita.
Ada pula yang hadirnya berbeza dengan apa yang kita duga. Mungkin kita rasa dekat sangat dengannya membuatkan kita rasa mahu sahaja selalu bersama dengannya tetapi kita tidak tahu dalam hati dia mungkin dia rimas dengan kita. Kadangkala kita dapat capai dan genggam tangannya, tetapi belum tentu hati dia, kita dapat selami.
Mungkin kadangkala kita dapat melihat dia ketawa, tetapi kita tidak tahu apa makna disebalik senyumannya. Mungkin dia memang tidak suka berkongsi duka dengan sesiapa atau dia sememangya dia tidak percayakan kita.
Apabila dia menangis, kita ingat kehadiran kita dapat memujuknya, walhal kehadiran kita langsung tidak disenangi dan mungkin juga secara tidak sedar kitalah sebenarnya yang membuatkan dia menangis. Dalam keadaan seperti ini, kita perlu sedar, sebenarnya kehadiran kita banyak menyusahkan hidupnya. Kita perlu faham dia mungkin tidak sampai hati untuk memberitahu kita supaya meninggalkannya dan jangan menyusahkan hidupnya.
Ada juga yang hadirnya memberikan sinar dalam hidup kita. Apabila berada bersamanya kita rasa begitu tenang dan kita rasa tidak mahu berpisah dengannya. Kita sanggup lakukan apa sahaja agar dapat bersamanya. Kita jaga hati dia agar dia tidak terluka. Kita sanggup jadi tempat dia meluahkan segala masalah dia.
Kadangkala kita sendiri tidak sedar yang kita telah menjadi seorang yang sangat baik apabila bersama dengannya tetapi akhirnya, tanpa sebarang sebab, tiba-tiba kita ditinggalkan. Kadangkala kita langsung tidak faham dan tertanya-tanya, kenapa kita ditinggalkan?
Kita rasa kita sudah lakukan yang terbaik untuknya tetapi masih ditinggalkan. Kesannya mungkin sangat mendalam kerana kehadirannya benar-benar bermakna dalam hidup kita. Dalam keadaan ini, kita mungkin akan berubah sepenuhnya. Hati kita cukup terluka sehingga tidak sanggup untuk membuka hati kita untuk kehadiran insan lain.  Kita juga tidak akan mendengar apa sahaja nasihat daripada insan-insan lain di sekeliling kita, hanya masa yang dapat menyembuhkannya.
Ada pula yang hadirnya menyembuhkan luka kita. Hadirnya banyak memberi sokongan dan dorongan kepada kita agar meneruskan kehidupan. Dia umpama pakar kaunseling untuk kita. Dia banyak mengingatkan kita, menyedarkan kekurangan kita dan mengubah tabiat buruk kita yang mungkin menjadi penyebab kenapa kita ditinggalkan.
Secara tidak sedar, kita sudah pulih daripada luka lama di atas nasihat dan sokongan darinya. Pada pandangannya, mungkin dia ingat kita sudah boleh berdiri sendiri dan mungkin dia rasa kita dah betul-betul pulih. Lalu dia meninggalkan kita.
Bagi kita pula, selama ini kita harapkannya akan terus bersama dengan kita. Kita hanya kuat apabila dia ada bersama kita, sedangkan dia tidak tahu sebenarnya segala kekuatan dan ketabahan itu ada bersamanya. Apabila dia pergi, maka hilanglah kekuatan itu dan kita terus mencari diri. Terasa sudah tidak percaya lagi kepada sesiapa pun, terasa ingin hidup sendiri, berdikari dan tidak mahu bergantung hidup pada sesiapa pun.
Tanpa kita duga atau tanpa kita harapkan ada pula insan yang sebelum ini pernah meninggalkan kita kembali semula ke pangkuan kita. Namun hati kita sukar kita fahami. Mungkin dengan senang hati kita dapat terima dia semula atau mungkin juga kita tidak dapat terima dia kerana sememangnya kita tidak pernah maafkannya kerana meninggalkan kita.
Dalam hati kita meraung dan bertanya, kenapa baru sekarang, bukan tiga atau empat tahun dahulu?
Mungkin juga hati kita dah tersangat keras atau sudah mati. Hati kita sudah tidak dapat terima dia lagi walaupun kita sudah memaafkannya lama duhulu. Mungkin juga dengan kehadirannya semula membuatkan hati kita yang masih berparut kembali terluka kerana dengan kehadirannya menjadikan kita ingat semula kedukaan lalu yang sebelum ini sudah terpadam dalam memori hidup kita.
Begitulah rencah dunia, kita tidak akan tahu siapa kawan dan siapa lawan sehinggalah sampai satu masa kita jatuh. Adakah tangan itu akan menghulurkan bantuan atau kita akan ditinggalkannya.
Kita tidak perlu risau memikirkan tangan mana yang akan menghulurkan bantuan dan tangan mana yang akan berpeluk tubuh dan seterusnya meninggalkan kita di saat kita sangat-sangat memerlukannya kerana apabila kita ikhlas menghulurkan tangan tidak kira kepada sesiapa pun, pasti akan ada tangan lain yang akan menghulur di saat kita memerlukan biarpun tangan tersebut bukanlah tangan yang pernah kita bantu dahulu.
Oleh itu, lebih baik kita bersifat ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada manusia. Berharaplah hanya untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T.
Kita juga perlu sentiasa ingat, hidup kita sentiasa berputar. Jika kita pernah meninggalkan seseorang atau melukakan hati seseorang, tidak mustahil kita juga akan dilukai dan ditinggalkan suatu hari nanti dan mungkin kita akan dapat yang lebih teruk daripada apa yang pernah kita lakukan pada orang lain.

~Ya Allah..jika dia benar untukku~
~dekatkanlah hatinya dengan hatiku~
~jika dia bukan milikku~
~damaikanlah hatiku dengan ketentuanMU~
~amin~




Saturday, 24 December 2011

kecomelan yang berbeza....??

bismillahirrahmanirrahim...
assalamualaikum...

sblm ape2 hal..jom  tgok makhluk Allah yang comey2 nih ! heee ; )


 









SUBHANALLAH ! 

comel kan !!! heee...suka sangat !!! 
ape motif aku ltak sume gmbr2 comel ni kan... haaa..
hehe,,,ade la topik nye tu..
hmm..seronok ke lau jadi comel and cantik..?
knpe kalau x comel n x cantik..?
salah ke.?
makhluk Allah jugak kan..?
Allah x pandang rupa..Allah pandang akhlak dan amalan...<3
jgn salah gunakan kecantikan dan kecomelan kamu untuk perkara yang bukan2..
sebaliknya kamu patut bersyukur dan sentiasa merendah diri dgn rupa paras kamu..
tidak perlu terlalu bangga dgn nikmat yg Allah pinjamkan buat kamu itu...
apa yang Allah kurniakan buat kita hanyalah duniawi semata..
mungkin bagi saya..yang ini dan yang itu cantik,,,tp mungkin di mata kamu..lansung tidak comel dan cantik..
cantik / comel / hensem itu subjektif bukan..?
jadi..kita haruslah sentiasa beringat...
pandai2 lah kita menjaga dan menguruskan nikmat2 yang Allah telah beri itu..
kpd muslimah..jagalah diri mu sebaik mungkin...
jangan dipertontonkan yang tidak sepatutnya kpd yang tidak berhak..

#just peringatan untuk diri sendiri dan org lain juga..hee#
skg ni jom tgok yang last ! hehe..

COMEYL !!!

1...

2...

3...

TADAAAAAAAAAA ! hehehe...comel x????
SUBHANALLAH ! 

so sweet !! ;) <3<3<3


tembamnye ! mcm garfield ! hehehe..
bam bam bam...
; )









Monday, 5 December 2011

buat awak..........=)

bismillahirrahmanirrahim...
assalamualaikum...

awk..selamat hari lahir yang ke 18..
doa saya...
#semoga awk menjadi seorang hamba Allah yang patuh..
#semoga awk menjadi seorang anak yang soleh..
#semoga awk menjadi seorang pelajar yang cemerlang..
#semoga awk menjadi seorang abang yang bertanggungjawab..
#semoga awk panjang umur,sihat sentiasa..
#semoga awk menjadi seorang mujahid  yang teguh..
#semoga Allah memberkati...
dan jika diizinkan Allah...
#semoga awk menjadi suami yang bertanggungjawab dan setia..

amin..insyaAllah ! ; )

awk...
#semoga awk menjadi seorang mujahid  yang teguh..
itu salah satu sebabnya mengapa saya nak putuskan hubungan kita (kalau saya boleh ckp putuskan..)
sbb sy nak awk jadi seorang mujahid yang teguh..
yang tidak goyah imannya..
yang tidak terganggu nafsunya..
yang kuat pegangan nya..
yang tegas pendiriannya..

awk...
saya x kuat...sbb tu saya cipta pelbagai alasan utk lepaskan diri dari hubungan ni..
harap awk faham..
#percaya janji Allah..
insyaAllah... 
jaga diri..jaga iman..

assalamualaikum...

=)







~Ya Allah, jadikan aku wanita yang solehah~
~yang baik di antara yang terbaik~
~dan kurniakanlah aku pendamping yang baik~
~dalam mendapatkan sesuatu yang terbaik dariMU~
~amin~







05122011:0843 ;)

Tuesday, 22 November 2011

aku tinggalkan dia demi Allah~

bismillahirrahmanirrahim...
assalamualaikum...


Dengan nama Allah... sebaik-baik Pemberi Ganjaran.
Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai pria.
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!
Kau takkan pernah dapat memberi jawapan,
Kerna jawapannya bukan di tanganmu,
Tetapi di tangan-Nya.
Di tangan Tuhan kita; Allah,
Tuhanku dan Tuhanmu.
Gelisahku memikirkan dirimu,
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku,
Aduhai pria,
Maafkan aku,
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu.
Jemput diriku pabila waktunya tiba,
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia,
Akan kucipta cinta bersama Dia,
Sebelum kucipta cinta antara kita.
Jadilah dirimu kumbang yang hebat,
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar,
Untuk itu, Aku tinggalkan dirimu pada-Nya
Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu,
Tidak ada suatu binatang melata melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya,
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
Usah bersedih atas perpisahan sementara ini,
Jika benar aku tercipta untukmu,
Tiada apa yang dapat menghalangnya,
Sebelum saat itu tiba,
Berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan,
Mohonlah padanya dengan penuh mengharap.
Yakinlah pada janji Allah!
Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga) [Surah An Nur: 26]
Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu,
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata,
Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti.
Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu,
Daripada yang sekarang (permulaan),
Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
Lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Surah Ad dhuha: 4 & 5]
Beruntunglah kamu!
Tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu!
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini.
Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[Surah As Syams: 8-10]
Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
"Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
Maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Surah Fussilat: 30]
Dan tika kamu merasa lemah,
Mohonlah kekuatan dari-Nya,
Allah itu dekat,
Yakin pasti.
Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
Maka mohonlah perlindungan kepada Allah,
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [Surah Fussilat: 36]
Kamu dan aku adalah intan terpilih,
Berdoalah aku kuat dan tabah untuk menjaga kilauanku,
Berdoalah tiada sang kumbang durjana merosakkannya sebelum yang halal tiba,
Aku juga sentiasa mendoakanmu agar dalam peliharanya,
Sentiasa.




Tuesday, 8 November 2011

jadi brutal jap~PUTUS CINTA~

bismillahirrahmanirrahim...
assalamualaikum..

hmm..slalu nye aku tulis kat blog ni sume guna ayat jiwang2 kan~ heheh..
kali ni nk tukar style jap~ sbb kalau nk cter bab ni mmg x jadi derr ngn ayat jiwang-bunga-pokok krismas bagai~

kalau nak ckp sy x menjaga adab sbg seorang perempuan utk berkata2 pada kali ini~ sue me.
just anggap yg aku cakap on behalf my other identity~ *kinda having multiple character disorder*
or just anggap aku ade kembar~ kan senang~
sbb mmg x bole nk ckp dgn lemah-lembut la kalau nk cter pasal topik PUTUS CINTA ni kan~

haha..yeap !
that is our topic for this evening *currently by 6.10p.m waktu Malaysia~*
actually la kan~ aku bru je bercinta ni~tp da nk tulis pasal putus cinta pulak~ haha..
ape ke hal nya~

at-10-tion to all of my dearest friends~ kalau nk minx nasihat or pendapat dlm hal2 mcm ni~
insyaAllah pasni dua soalan first yg aku akan tnye korg adalah :
#kau nk aku bg nasihat yg lebih kpd meyakinkan kau yg ex kau akn balik pada kau or
#kau nak aku bagi semangat untuk go on with your life ?

you have the power to choose..either do I~

for me..it's better for you to choose the second one..
why?
of course I would say because I am good about it ! haha

but seriously~~ why..?

sebab !!
x payah la nak pikir pasal dia lagi~
mesti ada hikmah punye la asal korg clash !
mesti la korang akan rasa patah hati..sakit hati..etcetra22...TAPI la kan ~~
cube korang selami balik hati korang yang tulus ikhlas tu..
perlu ke nak rasa mcm tu..?
perlu ke nak rasa putus harapan..?
perlu ke rasa untuk give up of your life..?
perlu ke nak buruk sangka kat Allah..? *astaghfirullah*
is it worth it?
berbaloi ke nak rasa mcm tu..?
one word : THINK !
think really carefully !


satu ayat yang aku ingat bila aku baru dapat tau yang aku kene tipu dgn sumone :

"bnyk lagi laki lebih baik utk mira..no wori k.biar r dia.terlepas pmpuan baik mcm mira.dia yang rugi.u can get sumone way more better than he is.kalau dia x sayang mira biar r ! kite syg mira sgt2 ! lebih dr dia boleh syg mira oke!? " and
"mira tu sgt special.Allah xnk bg mane2 laki pun syg mira sbb Allah syg kat mira.hehe"

that words..was from my best ex-roommate ever !
btol la dunia ni kecik..
who knows..rupe2 nye ecah (my ex-roommate) ni satu PLKN dgn encik hospital~
hee..for knowing this fact,, I thank Allah !

okay~ back to the story~
try to put your name instead of mine..how would u feel after reading that statement..?
masa aku baca text tu..perasaan sangat la rasa mcm kene tampar dgn begitu kuat dan laju--baru tersedar..

kalau dia x sayang mira biar r ! kite syg mira sgt2 ! lebih dr dia boleh syg mira oke!?


"mira tu sgt special.Allah xnk bg mane2 laki pun syg mira sbb Allah syg kat mira.hehe"


ayat tu la yang buat aku betul2 tersedar...
kita ada mak ayah yang terima kita seadanya..insyaAllah~
kita ada kawan and sahabat yang sentiasa ada untuk kita..insyaAllah~
and yang paling penting..kita ada ALLAH ! itu aku pasti ! teramat pasti !


Ya Allahu Rabbi...aku memerlukan MU di setiap helaan nafasku Ya Rahman...

Allah menjawab...

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat daripada urat lehernya." 
(Qaf 50: 16)


kan aku da cakap ! Allah mesti ada punya ! dekat pulak tu dengan kita..cume terpulang kat kita je nak ingat atau tak kat DIA~

perlu ke sedih kalau putus cinta..?
x perlu kot..tp boleh bersedih..sbb tu kan perasaan manusia..
nak nangis..? go ahead !
nak meraung...? err...yg tu pikir la 100 kali dulu~
mcm ade org mati lak nk meraung2 kan~ don't be la~

just that..bole tak kalau korang just percaya dengan janji2 Allah?
kan Allah da ciptakan kita ni berpasang-pasangan..so..sabar je la..
lambat laun akan ada nye korg pnye soul mate tu..
kalau tak kat dunia~kat akhirat sana mesti ada..
korang jangan la sedih sangat smpi bt bnda2 yg x masuk akal..
mesti la sedih kalau sensorg~ aku pon cm tu jugak..tp nak wat cmne..kalau kita bercinta ngn org sembarangan..nnty mesti hati kita lagi sakit kan..

pnah terfikir x knape kita jmpe dgn org2 yg meant to be our couples..?
mesti ada sebab dan hikma punya la..

mcm aku..
knal dgn encik hospital tu..he did teach me a lot of things..
dia ajar aku mcm mana rasa cinta..
mcm mana rasa rindu..
mcm mana rasa kene tipu..
mcm mana rasa sakit hati..
semua dia ajar..
dan semua perkara tu buat aku jadi diri aku yang sekarang ni...
thanks to him of course~

knal dgn encik penyelamat hati...he did teach me something precious too..
dia ajar aku mcm mana utk menghargai perasaan seseorang tu pada kita..
dia ajar aku untuk lebih jujur pada diri sendiri...
dia ajar aku untuk go on with my life..no matter apa yang org buat kat kita..
he do deserve someone way more better than me..
thanks to him as well~

dan sekarang..baru nak mulakan episod baru dgn encik tulisan biru..
ayie..mya x tau lama mana dan sejauh mana kita boleh pergi...
dalam masa ni..kita doa yg terbaik je oke..?
mya nk knal ayie..
mya nak tgok apa yg ayie boleh ajar mya..
ajar mya mcm mana cara untuk terima apa je yg ada kat depan mata dgn seikhlas hati..
ajar mya mcm mana nak jd seseorg yg ikhlas menerima takdir Allah seadanya..
ajar mya apa2 aje yg ayie boleh ajar..
and I'll thank u so much !

cerita aku bagi aku tak susah and complicated mcm org lain..
sbb aku x tgok cerita aku dr sudut yg susah and complicated..
lapangkan dada..ingt janji Allah..
PERCAYA pada DIA !
terima takdir DIA seadanya..
sbb aku tau DIA tau apa yang terbaik utk aku..
itulah yang aku buat~

;)

~jangan bersedih~


~soleh dan solehahkan dulu dirimu~
~pasti akan ada yang menemani hidupmu~
~insyaAllah~



~bercinta tak semestinya memiliki~
~tak semestinya berakhir di gerbang perkahwinan~
;)


salah ke aku??

bismillahirrahmanirrahim...
assalamualaikum...

hmm..skg ni tga dgr lagu ombak rindu~by hafiz and adira~
this song is really make up my mood to write~
hurm~
lagu ni..buat aku teringat kat encik hospital~
lagu ni buat aku rasa bersalah kat encik tulisan biru~
terasa sangat ngan lagu ni sebenarnya~
rasa macam kene tampar..pon ade~

Lirik Lagu Ombak Rindu–Hafiz/Adira

Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti


Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


but~ what if I change it to this version? then this will be the song of my heart for inche tulisan biru~






Tuhan tolong lembutkan hati ku
Untuk terima dia seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku




Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatiku untuk cintanya


Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung




Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku


Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti


Tuhan tolong lembutkan hati ku
Untuk terima dia seadanya



Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku



#kalau ayie baca~and nak tau sape encik hospital~ask me okay~nnty mya cite~


berharap giler x nak buat mcm ape yg jd kat encik penyelamat hati dulu~
kesian kat dia..tapi I'm glad..he has found some one else..
I am happy for him..he is too kind for me~


mcm encik tulisan biru jugak~ 
hopefully I will not make U regret with this~
hopefully I can forget about encik hospital~
help me okay, encik tulisan biru..?


~hujan bawa air mataku~
~yang mengalir membasuh lukaku~
~agar dia tahu ku tersiksa~
~tanpa cinta dia~
~dihatiku~

#am trying to smile and be happy again#
izinkan aku Ya Allah~
amin Ya Rabbal 'Alamin~

=)






Friday, 4 November 2011

alhamdulillah! syukur padaMu Ya Allah !!

bismillahirrahmanirrahim...

assalamualaikum..

SYUKUR ALHAMDULILLAH!!
tiada apa lagi yang mampu ku ucapkan..
tidak termimpi oleh ku untuk mendapat result yang sedemikian..
aku sangat bersyukur...
masih belajar untuk membuat sujud syukur~lantas aku gantikan dengan membaca surat cinta dariNYA~
tapi masih kurasakan tidak cukup untuk menyatakan kesyukuran ku terhadapNYA...
apa lagi yang harus ku lakukan...?

Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahu akbar !

pujianku terhadap MU Ya Allah..

KAU telah mengurniakan aku nikmat yang dapat membangkitkan aku dari tidur yang panjang...
KAU telah mengurniakan aku nikmat yang telah menyedarkan aku...
dan...
janganlah KAU jadikan ini sebagai dugaan untukku terus terleka dengan duniawiMU Ya Rabbi..

Jujur aku katakan..keputusan yang aku peroleh tidaklah sebaik keputusan rakan2 ku yang lain..
Tetapi jujur juga ku katakan..aku amat bahagia dengan apa yang aku peroleh..
mungkin kerana aku tidak target terlalu tinggi...
dan Allah memberi apa yang aku minta..;)
aku sangat bersyukur..
kerana aku tahu..DIA sentiasa memberikan yang terbaik buat hambaNYA..
walaupun benda itu sangat menyedihkan kita...

buat teman2 yang berjaya...TAHNIAH dariku !
itu adalah apa yang kita usahakan...
jadi..terimalah seadanya..usah terlalu gembira..dan usah terlalu bersedih...

buat teman2 yang kurang berjaya...ingat !
ini adalah titik permulaan untuk sesuatu yang lebih baru buat kalian !
usah terlampau bersedih hingga melupakan nikmat yang telah Allah berikan..

siapa tahu..mungkin Allah memberi mu ujian sebegini agar kamu sedar..dan terus bangkit memperbaiki apa yang kurang...
sedarlah sesungguhnya kamu insan terpilih !
sahabatku..Allah memilihmu untuk menghadapi ujian ini..Allah memilih aku juga..tetapi untuk ujian yang lain bentuknya..
Allah tidak akan membebani hambaNYA dengan apa yang kita tidak mampu..ingat tu.. ;)

please DO have FAITH in HIM...

insyaAllah..everything is gonna be just fine... ;)







Kita bertanya : Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Quran menjawab ,” Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” [Surah al-Baqarah , ayat 216.]

Allah sudah memberi kita jawapan bukan? ;)




Wednesday, 2 November 2011

love letter...dari DIA~

Sudah jangan mengeluh lagi... Bacalah Al-Quran :)

Kita selalu bertanya dan Quran sudah menjawabnya.

Kita bertanya: Kenapa aku diuji?

Quran menjawab , “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan ,” Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar , dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.” Surah al-Ankabut , ayat 2-3.

Kita bertanya : Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Quran menjawab ,” Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” [Surah al-Baqarah , ayat 216.]

Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini?

Quran menjawab ,” Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” [Surah al-Baqarah, ayat 286.]

Kita bertanya : Kenapa kita rasa frustasi?

Quran menjawab ,” Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang yang beriman. “ [Surah Ali Imran , ayat 139.]

Kita bertanya : Bagaimana harus aku menghadapinya?

Quran menjawab ,” Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang , dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” [Surah al-Baqarah ayat 45.]

Kita bertanya : Kepada siapa aku berharap?

Quran menjawab,” Cukuplah Allah bagiku , tidak ada Tuhan selain daripadanya. Hanya kepadanya aku bertawakal .” [Surah at-Taubah, ayat 129.]

Kita bertanya : Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?

Quran menjawab ,” Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin , diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” [Surah at-Taubah , ayat 111.]

Kita berkata : Aku tak tahan!

Quran menjawab ,”....dan janganlah kamu ber putus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” [Surah Yusuf , ayat 12.]

Kita berkata: Sampai bila aku akan merana begini

Quran menjawab,” Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. “ [Surah al-Insyirah, ayat 5-6.]

~artikel ILoveAllaah.com~






mencari ubat hati~~

bismillahirrahmanirrahim...
assalamualaikum...

hatiku berkutik apabila membaca idea darinya..
sungguh. dia seorang yang sangat merendah diri..
dalam memberi peringatan dan teguran..
kata-katanya sangat berhikmah..

dia disenangi setiap orang yang mengenalinya..
membuatkan aku berasa bersyukur..
kerana mempunyai akhie sepertinya didunia maya ini..
untuk memberikan aku peringatan..
agar menjaga batasan dan maruah diri..

doaku..agar dia sentiasa kuat untuk meneruskan apa jua yang telah dia mulakan..
"Ya Allah..Kau tiupkanlah kekuatan kepada dirinya..
untuk terus berjuang di jalanMU..
melalui kata-katanya..
Kau berikanlah dia ilham yang tidak putus-putus Ya Allah..
untuk dia bisa menjawab segala persoalan yang merungkai dihati setiap insani..
untuk dia bisa memberi peringatan kepada orang-orang yang lemah seperti aku...
untuk terus kembali ke jalanMU, Ya Rabb.." amin Ya Rabbal 'Alamin..







~syukran ya akhie~

Tuesday, 1 November 2011

menanti cinta...ost KCB~~


bismillahirrahmanirrahim...
assalamualaikum...

sejak lama aku berdiri
dalam sepinya rongga hati
tak satu pun burung
mampu menjawab

 hanya padaMu ku bertanya
lewat setiap sujudku ini
siapa kah nanti
cinta untukku

wahai penilai hati lihat batinku
nyaris bernanah karna luka tersayat
merana menantikan cinta dan kasih hidupku
rahasia itu hanya Kau yang tahu
namun aku tak mau jadi tuna cinta
tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku

rahasia itu hanya Kau yang tahu
namun aku tak mau jadi tuna cinta
namun harus ku ikhlaskan nasib cintaku padaMu




;)

ketika cinta bertasbih... ;)

bismillahirahmanirrahim...
assalamualaikum...

heee....pnah tgok x ter Ketika Cinta Bertasbih (KCB) ni??

pada yg dah tgok..best kan citer ni???
pada yg belum tgok..baik pi cari dan tgok cepat cter ni.. !!!
sangat lah best and x rugi tgok..  !

pelakon2 dia pun best !
abdullah khaerul azzam tu..adessss...muka dy tenang sangat3 bila tgok..hehe...suka !
nangis ouh bila tgok cter ni...
hee..suka dgr diorg ckp arab...
best !
suka segala-galanya ttg cter ni..da 3 kali da tgok ni...x kan pnah bosan tgok..

suka tgok kegigihan azzam untuk cari jodoh dia...
suka tgok dia redha akan takdir yang Allah lakarkan untuk dia...
apabila semua gadis yang dikhitbah olehnya berkahwin dgn lelaki lain...
tapi dia tabah..dan redha...percaya pada janji Allah...
akhirnya..apabila dia telah lelah...dia masih berusaha dengan meminta seorang ustaz untuk menjodohkannya...
sangat suka dia... ;)

heee....


suka sangat cerita ni... !!! thumbs up !!!

Sunday, 30 October 2011

aku inginkan yang seperti dia...

bismillahirrahmanirrahim...
assalamualaikum...

Ya Allah...sesungguhnya KAU mengerti apa yang aku rasakan dikala ini...
tidak perlu ku luahkan dengan panjang lebar kerana Engkau lebih mengetahui lebih dari diriku...
masakan tidak Ya Alah..diriku ini kepunyaan MU...
seluruh anggota tubuhku ini adalah hak milik MU Ya Rabbi...

sungguh..aku inginkan dia...
untuk membimbing diriku ini Ya Tuhanku...
tetapi siapalah aku untuk berada disampingnya...
sungguh aku tidak layak untuk manusia seperti dia...
jatuh hatiku pada dia yang melabuhkan cintanya padaMU...
jatuh hatiku pada dia yang hatinya tertaut padaMU..
jatuh hatiku pada dia yang merindui syahid dijalanMU..

akan tetapi Ya Muhaimin...
jagalah hatiku agar tidak berpaling dari hatiMU...
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMU...
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi..
hanya padaMU..

apakah layak aku...?
jauh disudut hati aku..
aku tahu jawapannya ada pada diriku..
pantaskah tidak aku untuknya bergantung pada diriku sendiri...
sudah cukup solehahkah aku?
sudah kah aku meninggalkan semua dosa-dosa ku dahulu...
nah...jawapannya terbentang luas dihadapan mataku...
jawapan apa lagi yang ku mahukan...

namun Ya Allah...
bantulah aku..
kuatkan lah aku..
tegarkan lah aku...
dalam menjalani hari-hariku...

aku lemah Ya Allah...sungguh aku lemah...
pintaku Ya Allah..
agar KAU jadikan aku sesolehah mungkin untuk aku pantas berdiri di sebelahnya...
KAU hilangkanlah perasaan ini sebentar sebagaimana yang telah Engkau lakukan selama beberapa bulan ini...
dan KAU kembalikanlah ia kembali kepadaku apabila waktunya sudah tiba jika dia memang untukku...

KAU hilangkanlah mereka dari segenap sudut pandangan mataku Ya Rabb...
dan KAU kembalikanlah antara mereka di suatu hari nanti...

Amin Ya Rabbal 'Alamin....




~pintaku Ya Muhaimin~