assalamualaikum...
ramai orang tanya aku..kenapa nickname ngn blog tittle PELANGI ???
hehe...aku hanya mampu tertawa...
serius ku katakan...aku sangat sukakan pelangi...
pelangi itu indah kan...?
pelangi itu cantik kan...?
tetapi..seindah dan secantik mana pun pelangi..
tidak ramai yang sedar akan kewujudannya dikala siang datang bertandang...
tidak ramai yang peka akan keadaannya...
hanya orang-orang yang peka akan keadaan sahaja yang akan menyedari akan kewujudan pelangi...
tapi..walau ape pun..pelangi akan tetap ada selepas turunnya hujan yang mencurah..
untuk mewarnakan kembali hari-hari manusia...
betapa indahnya peribadi sang pelangi...
walaupun tiada yang mengendahkan..tetapi tetap menghiburkan...
aku juga mahu menjadi seperti pelangi...
sentiasa ada disisi keluarga dan teman..
untuk menghiburkan dikala bosan...
untuk menggembirakan dikala sedih...
untuk memujuk dikala merajuk...
untuk mendengar dikala bercerita..
untuk dimarah dikala amarah..
untuk menemani dikala keseorangan...
untuk dibenci dikala kegeraman...
untuk disayangi...dirindui...dan dicintai...oleh kamu... ;)
aku....mahu menjadi semua itu..untuk KAMU...
Ibuku..Ayahku..keluargaku..temanku..dan juga buat kamu yang sedang membaca...
ketahuilah bahawa aku sangat menyayangi kamu tidak kira apa jua yang kamu telah lakukan kepadaku..
kerana aku mahu menjadi pelangi mu !
~indahnya pelangi~ ;) |
No comments:
Post a Comment