Follow Me Here~~

Life Quotes, Life Quotes Images, Life Sayings

About Me

My photo
Selayang, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum wbt.. Salam ukhwah.. We just have one life..so,live your life happily just like what u want it to be.. Believe in Allah..Have FAITH! May ALLAH bless us! ^^

Wednesday, 19 October 2011

indahnya angan-angan yang menjadi kenyataan~~~

bismillahirrahmanirrahim...
assalamualaikum...
entry kali ni bagi aku mcm mimpi yang aku sangat berharap akan menjadi kenyataan...
lihat sajalah tajuknya..
hehee..

seronok kan kalau apa yang kita impikan akan menjadi kenyataan dalam hidup kita?
haih...
apa yang korang sedang angankan sekarang ek?
angan-angan aku indah sangat~~hehe
terbuai-buai di alam mimpi..
boleh ke ianya menjadi kenyataan?

ingin menjadi doktor gigi dan mempunyai seseorang yang menyokong apa sahaja yang aku lakukan...
*selagi ianya tidak bercanggah dengan syariat Islam pastinya ! *
bolehkah aku terus terusan bermimpi di siang hari sebegini?
haih..
perasaan sebegini hanya membuatkan aku nyata lebih bersemangat untuk belajar dan menggapai cita-citaku...
tetapi bukankah ianya bagus untuk diriku?
perasaan sebegini juga membuatkan aku terasa ingin cepat membesar..dan mengalami perkara-perkara yang pernah aku katakan aku takut untuk menghadapinya..
hihi..
pernah kukatakan kepada 'dia'..
aku takut untuk membesar..
takut untuk dilamar..
takut untuk dirisik..
takut untuk dipinang..
takut untuk berkahwin..
sehingga aku mengatakan yang aku tidak mahu membesar...

salahkah jika aku berangan-angan?
angan-angan yang aku rasakan dapat memberikan aku semangat jika tiada siapa disampingku untuk mengatakan bahawa aku juga boleh melakukannya..

ah ! aku jadi teringat kepada seseorang yang sentiasa menguatkan semangatku..
dia sentiasa mengatakan yang aku juga pandai dan boleh melakukan apa yang dia sedang lakukan..
asalkan saja aku ada semangat juangku..
apa saja yang tidak boleh ku capai?


sahabat..
terima kasih aku ucapkan..
disaat aku terasa aku tidak punyai apa-apa..
kau datang memberikan aku segunung semangat..
supaya aku betah berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah denganmu..
doa dan harapanku..
semoga kau sihat di sana..
semoga Allah merahmati persahabatan kita..
semoga engkau berjaya di sana..

terima kasih sahabat~~~

buat sahabatku semua~~~
KAU terutamanya~~
=)

No comments:

Post a Comment