Follow Me Here~~

Life Quotes, Life Quotes Images, Life Sayings

About Me

My photo
Selayang, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum wbt.. Salam ukhwah.. We just have one life..so,live your life happily just like what u want it to be.. Believe in Allah..Have FAITH! May ALLAH bless us! ^^

Monday 26 December 2011

sudah cukup ! ^_^

bismillahirrahmanirrahim...
assalamualaikum..

heee..setelah sekian lamanya aku menunggu detik ketibaan 27122011 nih..
hehehe..akhirnya sampai jugak..^^
td masa pukul 10.18a.m~tgah cakap ngn dia~ wink2 ^^
hee..thanx encik !
hee..apa mau cakap nih? mesti la kita kena cuci hati kita kan..
jom ikut and tolong saya cuci hati saya !

wish utk diri sendiri :
#semoga menjadi hamba Allah yang taat..amin !
#semoga menjadi anak yang solehah..amin !
#semoga menjadi pelajar yang cemerlang..amin !
#semoga menjadi seorang sahabat yang baik..amin !
#semoga tercapai segala angan-angan yang telah dipasang..amin !
#semoga tercapai cita-cita untuk menjadi seseorang yang saya inginkan...amin !
#semoga mendapat jodoh yang terbaik..insyaAllah..amin !

amin-amin Ya Rabbal 'Alamin...

aku bersyukur kepadaMU Ya Allah..
#kerana ENGKAU telah mengurniakan aku nikmat ISLAM dan IMAN..
#kerana ENGKAU telah mengurniakan aku anggota badan dan pancaindera yang sempurna..
#kerana ENGKAU telah mengurniakan aku mama dan abah yang sangat2 menyayangi aku..
#kerana ENGKAU telah mempertemukan aku dgn sahabat-sahabatku yang terbaik..
#kerana ENGKAU telah mempertemukan aku dengan dia, dia dan dia..

ALHAMDULILLAH !

syahida,, izzati,, ein,, nad,, nab,, shafinaz,, jia,, wan,, dan SEMUA !!
#fatul,, syafiq,,
terima kasih ! arigato ! thank u ! syukran !
x terucap dengan kata2..aku sayang korang sangat2 !!
terima kasih sbb ada saat aku ketawa..
terima kasih sbb ada saat aku menangis..
terima kasih sbb ada saat aku bermuram..
terima kasih sbb ada saat aku masih kanak2..
terima kasih sbb ada pada setiap saat dan ketika aku perlukan kamu !
untuk itu~ terima kasih banyak2 !

untuk dia,,dia dan dia...
terima kasih kerana menjadi perkara terindah dalam hidupku..
terima kasih kerana pernah dan menjadi sebahagian daripada hatiku..
terima ksaih kerana pernah memberi secebis perhatian kepadaku..
terima kasih atas segala nasihat dan bebelan itu..
terima kasih atas semuanya !

#kamu semua tahu tidak?? kamu semua adalah perkara terindah dalam hidup saya !!!
ada atau tidak kamu di dalam list ini,, saya nak kamu tahu yang kamu sentiasa ada dalam HATI saya..insyaAllah ! ; )

saya SAYANG kamu semua sangat2 !!!! <3<3<3





~uhibbuki fillah ! ~
~uhibbuka fillah ! ~
;)

#mujur ada teman membantu#
#sokonganmu buat inspirasi#
#berpeganglah pada janji kita yang dibina#

; )



menunggu sesuatu~

bismillahirrahmanirrahim...

assalamualaikum...

hmm..lama pulak nk tggu pkul 12 ni kan~
hee..saba ye cik amirah~
hmm...hehehe
#sajetulisentryniuntukkawanyangtgguentrybaru#

Sunday 25 December 2011

INSAN DATANG DAN PERGI ~



bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum...
Sepanjang hidup kita, tidak terkira insan-insan yang hadir dan yang pergi. Ada yang hadirnya hanya seketika seperti bayu. Dia datang dan pergi begitu sahaja tanpa terkesan apa-apa dan mungkin kita tidak perasan pun akan kehadirannya, begitu juga dengan dia.
Ada pula yang datang dan begitu setia dengan kita tetapi kita tidak rasa pun kepentingan dirinya untuk terus bersama kita. Malah kadangkala mungkin kita rasa lebih baik dia tidak wujud daripada dia tidak memberi apa-apa manfaat untuk kita sehinggalah dia pergi buat selama-lamanya.
Ketika itulah baru kita rasa betapa dia sangat penting untuk kita. Pada masa itu, baru kita perasan kebaikan yang dia pernah buat untuk kita atau untuk insan-lain lain di sekeliling kita.
Pada masa itu juga, sudah tidak guna kita menangis kekesalan kerana tidak menghargai kewujudannya. Hanya doa dapat kita hadiahkan agar dirinya dirahmati di alam sana.
Ada pula yang sentiasa di sisi kita. Di saat kita susah dan juga senang. Dia sanggup buat apa sahaja untuk kita. Namun bagi kita, dia tidak lebih daripada tempat untuk meluahkan perasaan, tempat yang kita cari apabila menghadapi masalah tetapi di saat kita bahagia atau berjaya, kita seakan-akan terlupa akan kewujudannya.
Namun dia masih setia. Bila-bila masa sahaja kita cari dia, dia pasti ada untuk kita tetapi kita perlu tahu, dia juga manusia. Mungkin dia pernah makan hati dengan sikap kita. Cuma di hadapan kita, dia mungkin cuba sembunyikan perasaan itu sebaik mungkin.
Seandainya kita masih dungu, tidak mustahil suatu hari nanti dia akan membawa diri meninggalkan kita. Oleh itu, hargailah kewujudannya selagi mana dia masih di sisi kita.
Ada pula yang hadirnya berbeza dengan apa yang kita duga. Mungkin kita rasa dekat sangat dengannya membuatkan kita rasa mahu sahaja selalu bersama dengannya tetapi kita tidak tahu dalam hati dia mungkin dia rimas dengan kita. Kadangkala kita dapat capai dan genggam tangannya, tetapi belum tentu hati dia, kita dapat selami.
Mungkin kadangkala kita dapat melihat dia ketawa, tetapi kita tidak tahu apa makna disebalik senyumannya. Mungkin dia memang tidak suka berkongsi duka dengan sesiapa atau dia sememangya dia tidak percayakan kita.
Apabila dia menangis, kita ingat kehadiran kita dapat memujuknya, walhal kehadiran kita langsung tidak disenangi dan mungkin juga secara tidak sedar kitalah sebenarnya yang membuatkan dia menangis. Dalam keadaan seperti ini, kita perlu sedar, sebenarnya kehadiran kita banyak menyusahkan hidupnya. Kita perlu faham dia mungkin tidak sampai hati untuk memberitahu kita supaya meninggalkannya dan jangan menyusahkan hidupnya.
Ada juga yang hadirnya memberikan sinar dalam hidup kita. Apabila berada bersamanya kita rasa begitu tenang dan kita rasa tidak mahu berpisah dengannya. Kita sanggup lakukan apa sahaja agar dapat bersamanya. Kita jaga hati dia agar dia tidak terluka. Kita sanggup jadi tempat dia meluahkan segala masalah dia.
Kadangkala kita sendiri tidak sedar yang kita telah menjadi seorang yang sangat baik apabila bersama dengannya tetapi akhirnya, tanpa sebarang sebab, tiba-tiba kita ditinggalkan. Kadangkala kita langsung tidak faham dan tertanya-tanya, kenapa kita ditinggalkan?
Kita rasa kita sudah lakukan yang terbaik untuknya tetapi masih ditinggalkan. Kesannya mungkin sangat mendalam kerana kehadirannya benar-benar bermakna dalam hidup kita. Dalam keadaan ini, kita mungkin akan berubah sepenuhnya. Hati kita cukup terluka sehingga tidak sanggup untuk membuka hati kita untuk kehadiran insan lain.  Kita juga tidak akan mendengar apa sahaja nasihat daripada insan-insan lain di sekeliling kita, hanya masa yang dapat menyembuhkannya.
Ada pula yang hadirnya menyembuhkan luka kita. Hadirnya banyak memberi sokongan dan dorongan kepada kita agar meneruskan kehidupan. Dia umpama pakar kaunseling untuk kita. Dia banyak mengingatkan kita, menyedarkan kekurangan kita dan mengubah tabiat buruk kita yang mungkin menjadi penyebab kenapa kita ditinggalkan.
Secara tidak sedar, kita sudah pulih daripada luka lama di atas nasihat dan sokongan darinya. Pada pandangannya, mungkin dia ingat kita sudah boleh berdiri sendiri dan mungkin dia rasa kita dah betul-betul pulih. Lalu dia meninggalkan kita.
Bagi kita pula, selama ini kita harapkannya akan terus bersama dengan kita. Kita hanya kuat apabila dia ada bersama kita, sedangkan dia tidak tahu sebenarnya segala kekuatan dan ketabahan itu ada bersamanya. Apabila dia pergi, maka hilanglah kekuatan itu dan kita terus mencari diri. Terasa sudah tidak percaya lagi kepada sesiapa pun, terasa ingin hidup sendiri, berdikari dan tidak mahu bergantung hidup pada sesiapa pun.
Tanpa kita duga atau tanpa kita harapkan ada pula insan yang sebelum ini pernah meninggalkan kita kembali semula ke pangkuan kita. Namun hati kita sukar kita fahami. Mungkin dengan senang hati kita dapat terima dia semula atau mungkin juga kita tidak dapat terima dia kerana sememangnya kita tidak pernah maafkannya kerana meninggalkan kita.
Dalam hati kita meraung dan bertanya, kenapa baru sekarang, bukan tiga atau empat tahun dahulu?
Mungkin juga hati kita dah tersangat keras atau sudah mati. Hati kita sudah tidak dapat terima dia lagi walaupun kita sudah memaafkannya lama duhulu. Mungkin juga dengan kehadirannya semula membuatkan hati kita yang masih berparut kembali terluka kerana dengan kehadirannya menjadikan kita ingat semula kedukaan lalu yang sebelum ini sudah terpadam dalam memori hidup kita.
Begitulah rencah dunia, kita tidak akan tahu siapa kawan dan siapa lawan sehinggalah sampai satu masa kita jatuh. Adakah tangan itu akan menghulurkan bantuan atau kita akan ditinggalkannya.
Kita tidak perlu risau memikirkan tangan mana yang akan menghulurkan bantuan dan tangan mana yang akan berpeluk tubuh dan seterusnya meninggalkan kita di saat kita sangat-sangat memerlukannya kerana apabila kita ikhlas menghulurkan tangan tidak kira kepada sesiapa pun, pasti akan ada tangan lain yang akan menghulur di saat kita memerlukan biarpun tangan tersebut bukanlah tangan yang pernah kita bantu dahulu.
Oleh itu, lebih baik kita bersifat ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada manusia. Berharaplah hanya untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T.
Kita juga perlu sentiasa ingat, hidup kita sentiasa berputar. Jika kita pernah meninggalkan seseorang atau melukakan hati seseorang, tidak mustahil kita juga akan dilukai dan ditinggalkan suatu hari nanti dan mungkin kita akan dapat yang lebih teruk daripada apa yang pernah kita lakukan pada orang lain.

~Ya Allah..jika dia benar untukku~
~dekatkanlah hatinya dengan hatiku~
~jika dia bukan milikku~
~damaikanlah hatiku dengan ketentuanMU~
~amin~




Saturday 24 December 2011

kecomelan yang berbeza....??

bismillahirrahmanirrahim...
assalamualaikum...

sblm ape2 hal..jom  tgok makhluk Allah yang comey2 nih ! heee ; )


 









SUBHANALLAH ! 

comel kan !!! heee...suka sangat !!! 
ape motif aku ltak sume gmbr2 comel ni kan... haaa..
hehe,,,ade la topik nye tu..
hmm..seronok ke lau jadi comel and cantik..?
knpe kalau x comel n x cantik..?
salah ke.?
makhluk Allah jugak kan..?
Allah x pandang rupa..Allah pandang akhlak dan amalan...<3
jgn salah gunakan kecantikan dan kecomelan kamu untuk perkara yang bukan2..
sebaliknya kamu patut bersyukur dan sentiasa merendah diri dgn rupa paras kamu..
tidak perlu terlalu bangga dgn nikmat yg Allah pinjamkan buat kamu itu...
apa yang Allah kurniakan buat kita hanyalah duniawi semata..
mungkin bagi saya..yang ini dan yang itu cantik,,,tp mungkin di mata kamu..lansung tidak comel dan cantik..
cantik / comel / hensem itu subjektif bukan..?
jadi..kita haruslah sentiasa beringat...
pandai2 lah kita menjaga dan menguruskan nikmat2 yang Allah telah beri itu..
kpd muslimah..jagalah diri mu sebaik mungkin...
jangan dipertontonkan yang tidak sepatutnya kpd yang tidak berhak..

#just peringatan untuk diri sendiri dan org lain juga..hee#
skg ni jom tgok yang last ! hehe..

COMEYL !!!

1...

2...

3...

TADAAAAAAAAAA ! hehehe...comel x????
SUBHANALLAH ! 

so sweet !! ;) <3<3<3


tembamnye ! mcm garfield ! hehehe..
bam bam bam...
; )









Monday 5 December 2011

buat awak..........=)

bismillahirrahmanirrahim...
assalamualaikum...

awk..selamat hari lahir yang ke 18..
doa saya...
#semoga awk menjadi seorang hamba Allah yang patuh..
#semoga awk menjadi seorang anak yang soleh..
#semoga awk menjadi seorang pelajar yang cemerlang..
#semoga awk menjadi seorang abang yang bertanggungjawab..
#semoga awk panjang umur,sihat sentiasa..
#semoga awk menjadi seorang mujahid  yang teguh..
#semoga Allah memberkati...
dan jika diizinkan Allah...
#semoga awk menjadi suami yang bertanggungjawab dan setia..

amin..insyaAllah ! ; )

awk...
#semoga awk menjadi seorang mujahid  yang teguh..
itu salah satu sebabnya mengapa saya nak putuskan hubungan kita (kalau saya boleh ckp putuskan..)
sbb sy nak awk jadi seorang mujahid yang teguh..
yang tidak goyah imannya..
yang tidak terganggu nafsunya..
yang kuat pegangan nya..
yang tegas pendiriannya..

awk...
saya x kuat...sbb tu saya cipta pelbagai alasan utk lepaskan diri dari hubungan ni..
harap awk faham..
#percaya janji Allah..
insyaAllah... 
jaga diri..jaga iman..

assalamualaikum...

=)







~Ya Allah, jadikan aku wanita yang solehah~
~yang baik di antara yang terbaik~
~dan kurniakanlah aku pendamping yang baik~
~dalam mendapatkan sesuatu yang terbaik dariMU~
~amin~







05122011:0843 ;)