Follow Me Here~~

Life Quotes, Life Quotes Images, Life Sayings

About Me

My photo
Selayang, Selangor, Malaysia
Assalamualaikum wbt.. Salam ukhwah.. We just have one life..so,live your life happily just like what u want it to be.. Believe in Allah..Have FAITH! May ALLAH bless us! ^^

Sunday, 16 October 2011

hari hari ada exam~~


 Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada seseorang Islam yang ditimpakan sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu)." Riwayat: Abdullah bin Mas'ud r.a
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut. Riwayat al-Hakim
Tribulasi atau ujian adalah seiringan dengan perjuangan. Oleh itu ia tetap memerlukan bekalan iman, sabar dan istiqamah. Ujian dijadikan Tuhan untuk mengukur sama ada keimanan seseorang itu kepada Allah dan seluruh ajaranNya adalah benar dan diikuti oleh perlakuan dan tindakan atau hanya terhenti setakat di mulut sahaja. Umat Islam akan diuji dengan lima perkara iaitu saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya, orang munafiq yang sentiasa membencinya, orang kafir yang sentiasa memeranginya, syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya dan bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang keimanannya. Semuanya ini menuntut kesabaran dan di dalamnya terdapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah SWT.
Lawan bagi sabar adalah mengeluh dan ia merupakan perbuatan yang amat dilarang oleh agama kerana dengan mengeluh akan membuatkan semangat menjadi lemah dan terbitnya perasaan kecewa dan putus asa sedangkan Allah SWT berfirman dengan maksudnya:Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (al-Insyirah:6) 5. Tanpa masalah atau ujian tidak akan wujud kematangan kerana pengalaman dalam menyelesaikan masalah adalah guru terbaik dalam menjamin kejayaan dalam kehidupan.
Setiap hari kita ada ujian. Dalam bentuk yang pelbagai seperti pilihan nafsu, akal, atau mengikut Al-quran.
فَإِذَا مَسَّ الْإِنسَانَ ضُرٌّ دَعَانَا ثُمَّ إِذَا خَوَّلْنَاهُ نِعْمَةً مِّنَّا قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَى عِلْمٍ بَلْ هِيَ فِتْنَةٌ وَلَكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ
Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami ia berkata: ""Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah karena kepintaranku"". Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui 
(Surah Az-Zumar 39: Ayat 49)
 

blog has been updated !!

bismillahirrahmanirrahim~
assalamualaikum...

haih..ari ni mmg seharian mengemaskan blog yg da bersawang nih~ hehe..
penat ouh..
tp hasilnya..waaah~
saya suka !! hehe
bangga pulak dengan diri sendiri~
hehehe..hope korg enjoy ngn blog ni..even mcm xde ape pun yg nk di share kan..?
hehe,,ok la..that's all for today..nite and assalamualaikum~~ <3<3<3

istikharah cinta~~


Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerkah hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a


Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..

-Sigma-

Dengan mengingati ALLAH..hati akan menjadi tenang...


Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang. Ada orang berkata, "ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?"
Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan "membaca" kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli). Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan.
Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah – ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli. Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af'al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.
Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti. Untuk menjaga kebersihan hati maka kita juga perlu untuk menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

بَلَىٰ مَنۡ أَسۡلَمَ وَجۡهَهُ ۥ لِلَّهِ وَهُوَ مُحۡسِنٌ۬ فَلَهُ ۥۤ أَجۡرُهُ ۥ عِندَ رَبِّهِۦ وَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ
(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang dia pula berusaha supaya baik amalannya, maka dia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat 112)


Jika Aku Jatuh Hati




penawar hati...mungkin~

Monday, 10 October 2011

merapu~~

bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum...
hmm..mlm ni nak merapu pasal ape eh?
td rasa cam bnyk je yg nk merapu..
hmmm..
rindu..
time zaman skola dulu..
tp lagi best zaman U..
similarities dua2 tu..zaman study~~
zaman stdy zaman yg paling best kan..
tp yg paling x best bila ade exam..
haishh~~

hmm..
rindu nk hangout mcm dulu..
rindu jia..
rindu choqa..
rindu bella...
rindu shina..
rindu pieka..
rindu wan..
rindu fatul..
rindu yusuf..
*tetibe ingt kat penguin yg aku bg kat dorg*
hidup lagi ke eh?
ke dah mati?
hmm..
rindu time keje..tp xnk jmpe dorg lagi..
time keje yg KAMI semua hidup disitu dengan gembiranya..
niat hati nk keje..nk cri duit..
tp bnyk je masalah timbul..
hehe..kenangan~~

whatever happens~ life must go on~
live well or live hell~ I choose!

nk blaja btol2..
masuk dentistry zone..
cri sumone yg mcm aku nak tu~
bila fikir balik~ rasa mcm x nk hidup dengan dia..
bila fikir balik~ hidup aku dengan dia jauh beza..
bila fikir balik~ aku x rasa dia layak untuk aku n aku x layak untuk dia..
bila fikir balik~ aku bukan type dia dan dia bukan type aku..
bila fikir balik~ sume yg aku buat dulu tu mcm ****h je..
bila fikir balik~ aku nk jd sumone yg x mcm tu..
bila fikir balik~ aku nk jd sumone yg hard-to-get..
awk..
kalau awk baca..
org nk minx maaf..
tp..
sume ni tamat..
insyaAllah..
there will be no more me like that..
bianne yo~
T.T

Saturday, 8 October 2011

hati tu Allah yang pegang kan~~

bismillahirrahmanirrahim~

assalamualaikum..
hmm..kali ni nk ckp pasal hati lagi~
heheh..suka sgtla ckp pasal hati kan~
haih..kalau dekat entri yg sebelum ni..aku kata aku rindu dia..aku sayang dia..
tp kali ni hati aku rasa lain~
da x rasa mcm tu sgt..mmg la aku sayang dia..tp aku da x rasa yg aku nk bersama ngn dia..
sbb aku pikir masa depan~
nk ke aku hidup ngn org cmtu?
haih..entah lah...Allah da terbalikkan hati aku..walaupun aku still rindu kat dia..tp tu sbb aku sunyi kot..kala layan cter korea~ hilang la sunyi tu~ hmm..entah laa..


aku serahkan pada Allah je..<3<3<3